KAJIAN SAINS
KISAH USANA
1)Pakar dalam bidang Pemeliharaan Sel.
>> Dr Wentz, seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnosis untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.
2)Dari peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum
>> Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar karier beliau.
>> Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degenarif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.
3)Mencatat Piawai Kecemerlangan yang yang Baru
>> Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah.
>> lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-citauntuk membangunkan siri penokok zat yang seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.
4)Berkongsi Visi Kesihatan
>> Sekarang, beribu-ribu orang dimerata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan "sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan" telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institut di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.
PENGUJIAN PRODUK USANA
KAJIAN NUTRISI YANG BOLEH ANDA PERCAYAI
** The ESSENTIAL (AO Pro dan Chelated Mineral) membekalkan kuantiti yang optimum dalam siri komprehensif mikronutrien dalam bentuk yang mudah dihadam dan diserap. Kedua-duanya merupakan asas untuk sistem pemakanan USANA.
** Siri tambahan MICRO-OPTIMIZER memberi peluang untuk memilih penokok zat mengikut kehendak peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan